rajin pulak nak menaip. haha
sebenarnye aku baru habis exam oral anatomy. disebabkan aku antara yang terawal, aku dapat la balik awal... alhamdulillah, dapat doktor yang tak cerewet sangat. selamat la aku~ :D
banyak sebenarnye benda yang berlaku kat aku dalam duration masa antara post sebelum ni dengan post ni. post sebelum ni aku buat lepas exam written anatomy. 2 hari lepas tu, terus exam oral anatomy. naseb baik sebelum oral ni dah exam anatomy, so just revise balik je la. tapi, aku dah lakukan kesilapan yang sangat besar dan aku betul-betul harap aku tak buat dah lepas ni. :((
ok..ceritanya camni :
aku exam anatomy (written) mase hari sabtu. hari isnin exam oral anatomy pulak. tapi, aku ingatkan exam oral 2 hari lepas written, yakni hari SELASA. aku pun sepanjang hari ahad tu dok rilek je. baca sket-sket. dalam hati "takpe, esok boleh baca banyak lagi...revise balik je..."
petang tu aku masih rileks. padahal esoknye exam!! tp aku tak sedar...huuuu~
tiba-tiba, mase maghrib ade orang YM aku. tanye betul ke esok exam kol 8 pagi. aku pelik. "ish...exam ape pulak esok ni?" aku kata dlm hati...then, aku tanye la die exam ape. die kata ANATOMY.
aku dah mula chuak...aduss. betul ke? aku cepat-cepat gi bilik mat, aku nampak abu. so, aku tanye die "er...abu. esok exam kol brape ek?"haha..padahal baru tau tadi je esok exam.kena cover la kan? :D abu pun jawab "kol 8 pagi. esok gi awal sket la". aku telan air liur...mampus la aku...tapi muka kena tenang.buat-buat cool...cover tu penting, haha :)). lepas solat maghrib terus ambik buku anatomy, study ngan abang abu yang mantap ni. dalam hati, "malam ni tak tido la aku..".
teman study bile study sorang-sorang dalam bilik
oh ye, tak lupe gak pada Mok. kucing Chot yang suka dok atas paha orang. comel~
tapi malam tu aku tido gak...sempat revise sket je. bangun pagi tu aku teruskan study sket lepas solat subuh. doa banyak-banyak agar Allah tolong aku sebab aku betul-betul tak bersedia untuk oral exam pagi tu.
sampai kat universiti, aku revise ngan mr chip, amirul afiq, imran ngan iskandar. doa dipohon tanpa henti...sampai la semua student kena panggil masuk dalam makmal anatomy yang dah disusun kerusi dan meja untuk oral exam. aku chuak...rabbi yassir wala tu'assir. setiap orang akan disoal oleh 2 doktor. naseb la sape yang dapat doktor yg cerewet.
sampai giliran aku, aku doa banyak-banyak. aku baca ayat 4 dari surah Yusuf kat depan doktor tu masa dia tengah menulis. ayah aku kata kalau nervous nak bercakap ngan sape-sape, ayah aku suruh baca ayat ni. then, bermulalah saat yang dinantikan...
kna tunggu giliran masing-masing...tapi gambar ni bukan mase exam oral tu..hehe
doktor : "what is this?" (doktor tu angkat tulang scapula)
aku : "this is right scapula"
doktor : "okay, and what is this region?" (die tunjuk kat subscapular fossa)
aku : "err...subscapular fossa"
doktor : "exellent..and what muscle attached to this region? (kat lower lip of crest of spine of scapula)
aku : "deltiod muscle"
doktor : "right.what about here?"(upper lip pulak)
aku : "trapizeus muscle"mase ni aku masih sangat-sangat chuak...tuhan je yang tau
doktor : "excellent.ok. I wannna ask you. what is the deformity when median nerve is injured?"
aduss...disebabkan chuak sangat, aku tak dengar ape yang die kata. aku mintak die ulang, still aku tak dengar jugak. abes aku...so, aku pun jawab...
aku : "I forgot, doctor.."
doktor : (tersenyum)"it is called 'monkey hand'..."
aku : "owh, did you mean 'ape hand' doctor?!" aku jawab dengan muke confident
doktor : "yes, that's right! excellent!!"
terus aku dapat markah untuk soalan tu walaupun aku jawab camtu je. haha...alhamdulillah :D
aku mula-mula chuak sebab ingatkan die bagi aku tulang yang susah. nasib baik die bagi scapula..alhamdulillah :D
beralih ke doktor yang kedua. this time, aku yakin sket. buat muka confident. alhamdulillah...berjalan lancar. doktor ni tanye aku pasal lower limb plak. tapi doktor ni dah tua. so, disebabkan suara aku yang slow and steady, aku kena ulang jawapan aku banyak kali. die tak dengar.
dalam kita meminta pertolongan, pergantungan kita hanyalah pada Allah. insyaAllah, kalau kita minta nescaya Allah akan bagi. tapi doa itu mesti disertakan dengan usaha. kalau tak, tak jadi jugak. tapi, kalau Allah nak bagi jugak...itu terserah kepadaNya
yakinlah bahawa pemberi rezeki itu hanyalah Allah. jangan kita ingat, "owh, aku berjaya ni memang atas usaha aku la ni. bangga2..." Andai kata Allah tak tolong, camne? tunjuk la sket rasa syukur tu...jangan terlalu bangga dengan kebolehan diri. kita ni tak de nilai pun di sisi Allah, jadi buat apa nak bangga sangat?

so, janganlah terlalu leka dan alpa. bersyukurlah dengan apa yang ada...
andai kata Allah tarik nikmat yang kita ada sekarang...nescaya terumbang-ambinglah kita. jadi, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita dapat. suatu kejayaan yang kita kecapi tu pun kita kena nilai jugak. adakah ia suatu kurniaan atau istidraj? nauzubillah...moga-moga apa yang aku dapat selama ni bukanlah suatu istidraj...andai kata betul, ya Allah kembalikan aku ke jalanMu.
sama-samalah kita renung kembali. Banyakkan doa. teruskan usaha :)
oh ye. lepas ni ade lagi 3 oral exam. jom sama-sama berdoa agar Allah permudahkan kita semua. Rabbi yassir wala tu'assir! Bittaufiq wannajah! :D
